AWAS!! Penjenayah Cyber!!!


Sekarang ni semakin ramai dikalangan seller/buyer yang tertipu dalam urusniaga emas/perak di internet. Saya rasa ilmu berkenaan undang undang siber juga sangat penting dan perlu diketahui oleh seller/buyer apabila kita berurusan secara online ni. Di sini ada sedikit maklumat yang saya cari di internet untuk manfaat kita bersama (perkongsian dari Adiputra, www.wangcyber.com). Jadi kalau ada maklumat lain sama sama kita pakat kongsi bersama… so lepas ni AWASS PENJENAYAH SIBER!!!!!



Jenayah Siber Terhadap Harta Benda

Jenayah Siber Terhadap Manusia
CURI

1) Maklumat
Senarai, rekod, email peribadi

2) Harta
Memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain

3) Perkhidmatan
Capaian tanpa kuasa di laman web berbayar

PENIPUAN

Multilevel marketing/sistem piramid, peluang perniagaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan, tawaran pekerjaan

PEMALSUAN

Meminda dokumen bagi memperdaya orang lain melalui laman web

KHIANAT

-Vandalisma siber: meminda laman web umum 

-Pencerobohan siber : ceroboh laman web persendirian yang perlu guna kata laluan.

-Menyebarkan virus
-Pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah
-Gangguan Siber (cyber-harrasment) 
-Pencerobohan Siber
- Memecah masuk ke laman web
- Memecah masuk ke komputer persendirian

Keganasan siber

Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu.
Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997
Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000
Tujuan:
- Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian.

Ringkasan Diskripsi Kesalahan

Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.

Denda
Tidak melebihi RM 50,000.00 atau 
penjara 5 tahun atau 
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang
menyebabkan kecederaan 


Denda
Tidak melebihi RM 150,000.00 atau 
penjara 10 tahun atau 
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Pengubahsuaian tanpa kuas kandungan mana-mana komputer.

Denda
Tidak melebihi RM 100,000.00 atau 
penjara 7 tahun atau 
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam 
komputer di bawah kawalan disifatkan telah
memperolehi capaian tanpa kuasa


Denda
(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

Akta ini digunakan terhadap sesiapa tanpa mengira kewargenaraan seseorang. Kesalahan di bawah akta ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira samaada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.

Mari layari www.msc.com.my/cyberlaws/ untuk infomasi lanjut.


Sekiranya anda mendapati hak anda selaku internet marketer dicabuli anda boleh terus membuat laporan polis, PDRM ada wujudkan unit pencegahan jenayah cyber (Bukit Aman Cyber Crime Unit) dan akan menjalankan siasatan untuk dibawa ke pejabat pendakwaraya.

kepada mangsa jenayah siber.. hak anda dilindungi...tetapi AWASS  SI PENJENAYAH SIBER..

Dikongsi oleh Adiputra www.wangcyber.com (Panduan Undang-Undang Siber)