Saturday 31 December 2011

GUNAKAN DINAR EMAS SEBAGAI MAS KAHWIN..





WANG dinar emas menjadi mas kahwin M. Nasir kepada Marlia.

Bagi majlis akad nikah tersebut, M.Nasir membawa tujuh dulang hantaran berbalas dengan sembilan dulang hantaran daripada pengantin perempuan.

Setiap hantaran dihias dengan begitu cantik terdiri daripada barangan diri seperti pakaian, barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dan jam tangan. Wang hantaran daripada pengantin lelaki ialah sebanyak RM20,000.

Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.'
-Arkib Utusan Malaysia 3/9/2000

13 Keping Dinar EMAS!!!! = RM2000 SAHAJA???!!!.. tu harga pada 31/8/2000 lapan tahun lalu…
skarang.. tengok ler harga Dinar… lebih kurang RM800! kalo darab dengan 13 keping, kini nilainya  RM10400!!! Hebat!
Tulah dia.. betapa untungnya simpan emas. Dalam 11 tahun harga dinar meningkat lebih 200%

Tempahlah Dinar Emas untuk Mas Kahwin anda
DINAR GCP Emas 24 Karat =Kepadatan Molekul Emas 99.90%
(Untuk Bakal Pengantin) (Hadiah Untuk Yang Tersayang)



Hubungi Ihsan 012-6176464 untuk harga tawaran dinar yang menarik.

Wednesday 28 December 2011

Assalamualaikum...
Rebut peluang sekarang menjadi pengedar GCP.
Selain dapat membeli untuk simpanan emas anda,anda juda akan dibimbing menjadi peniaga emas tanpa perlu membuka kedai emas.
Pelabur/penyimpan Emas yang bijak = menjadi pengedar GCP
•Boleh membeli pada harga diskaun
•Boleh menjual pada harga semasa
•Boleh membeli emas pelanggan pada harga ‘buying’ (modal GCP sediakan)
•Boleh menjual semula pada harga selling
•Untung maksima sebab tidak terjejas dengan spread
Perkhidmatan penghantaran terbaik tanpa sebarang kos.
Cara mendaftar dealer :
1. Layari web ini  : http://gcp.com.my/
2.Klik pada butang Register
3. Masukkan ID introducer anda
dengan memasukkan ID saya…
Nama : Ihsan Sabri Bin Lokman
ID : ad2644
4. Sahkan sekiranya betul.
5. Isikan butir-butir diri anda dan hantar.
6. Buat pembayaran pada syarikat GCP.
Akaun :
Maybank
GOLDCREST PAVILION SDN BHD
505103003954
7. Selepas itu emailkan slip pembayaran anda pada :
sales@gcp.com.my
Tawaran jadi dealer dengan modal RM5k+  sehingga hujung tahun 2011,awal Jan 2012,RM11k.
Anda akan mendapat 3 produk GCP iaitu dinar 999,gold bar 10g dan rt 10g.
Produk GCP :
Dinar 999
Gold bar 999 10g,20g,50g dan 100g
Barang kemas 999
Dinar GCP emas 999
Gold bar GCP
Produk GCP
Rantai leher GCP
dan yang terkini..HOT ITEM  ” gold bar 1 gram GCP”
Produk terkini -Gold bar GCP 1 Gram
kini semua orang mampu memiliki emas,walaupun 1 gram
Bagi yang tak mampu memiliki 10 gram 1 bulan boleh cuba 1 dinar 1 bulan dan kini pilihan kepada yang kurang mampu
1 bulan 1 gram :)
Credit to Jutawangold.com

Dividen ASB 2011 sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.
Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

Dividen ASB tahun 2010
“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.
Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.
Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.
Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.
Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.
Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.
“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya.
P/S Harga emas pernah mencapai RM196 segram. Ketika ini sangat murah! Bandingkan harga sekarang dengan harga di tahun hadapan. Jangan tunggu, sementara duit cukup beli sekarang!

Hukum membeli emas secara ansuran – Dirham2dinar.com

Kitab Al Muwatta’ :
Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, ” Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu.” Rama ialah riba.
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu’z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum.”
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi.”
Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :
Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah:
i)Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).
ii)Mesti ‘Taqabud fil hal au majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).
Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.
Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum – hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.
Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.
Wallahu’ alam.
Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah

Kaedah Menguji Ketulenan Emas

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh kita untuk menguji ketulenan emas,

(a) Ujian Asid
Terdapat dua jenis asid yang digunakan iaitu asid hidroklorik dan asid nitrik berserta dengan batu hitam. Apabila kedua-dua asid ini digunakan ianya akan meninggalkan kesan yang berlainan kepada setiap kategori emas yang digosokan di atas batu berkenaan.

(b) Ujian kepanasan
Ujian ini dilakukan dengan membakar barang kemas tersebut sehigga merah. Emas yang tulen tidak akan terjejas manakala emas yang lain akan meninggalkan kesan hitam mengikut kategori masing-masing.

(c) Ujian kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain.

(d) Warna dan Berat
Dengan melihat kepada warna dan berat barang emas itu. Lebih kuning dan berat emas tersebut maka lebih banyaklah kandungan emasnya. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas asli dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menimbulkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas yaitu :

Emas Merah – Emas murni dicampur Tembaga.
Emas Kuning – Emas murni dicampur Perak.
Emas Putih -Emas dicampur dengan Timah atau Nikel

e)Ujian kemagnetan
Emas tulen tidak akan ada tarikan kuasa magnet.

f)Alat penguji emas (Gold Densimeter)
Prinsip asas densimeter adalah mengukur ketumpatan emas, di mana ketumpatan emas tulen pada suhu bilik ialah 19.3g/cm3. Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja. Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengangganggu bacaan. Biasanya hanya bank-bank pajakan seperti AgroBank dan Bank Rakyat sahaja menggunakan peralatan ini sebab kosnya agak tinggi

g) Berurusan dengan Pengedar Emas yang sah
Kalau anda berurusan dengan mereka sudah tentu isu ketulenan emas ini tidak diragui kerana mereka memang mengambil emas terus dari Syarikat Emas.

Sumber: Cari Gold.com

Antara Gold Bar,Dinar,Barang Kemas,Dirham dan Silver..Yang mana satu

Terdapat pelbagai jenis EMAS yang boleh kita simpan. Tetapi soalan yang sering bermain di fikiran newbiz ialah Emas jenis apa yang patut saya simpan????
Gold bar kah?Dinar kah?barang kemaskah..Dirham atau silver?Yang mana satu..
Maka jawapannya ialah bergantung kepada tujuannya masing-masing...
Kalau simpanan emas itu untuk menggantikan simpanan wang kertas,ini dikira sebagai simpanan jangka masa panjang,maka gold bar lah yang paling sesuai.Jika bajet kecil,boleh mulakan dengan dinar.Gold bar adalah emas 999 dan 999.9 di mana ketulenannnya adalah 24k atau dipanggil emas sepuluh.
Dinar pula sebenarnya untuk tujuan muamalat,contohnya dinar Kelantan,maka tujuan membelinya haruslah dengan niat untuk bermuamalat,tapi tak semestinya anda belanjakan sekarang.Mungkin anda boleh simpan dahulu untuk dibelanjakan kemudian hari.Begitu juga dirham,ia juga untuk muamalat.Ia diperbuat daripada silver 999.9.Ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan,sedikit kesilapan di sini.Niatkanlah untuk muamalat dan membayar zakat,atau lain-lain yang bersesuaian.
Dinar lain yang ada di pasaran mungkin lebih sesuai dijadikan sebagai simpanan (saya kurang minat nak sebut pelaburan).Kerana ia lebih kepada syiling emas kerana tidak diiktiraf oleh pemerintah.Maka dinar jenis ini sesuai sebagai simpanan.
Barang Kemas?
Barang kemas bukanlah simpanan emas yang terbaik,kerana  mengalami susut nilai yang tinggi.Kecuali anda menyimpan/memakainya lebih lama.Untuk mengelakkan anda rugi,elakkan :
1.trade ini
2.jual barang kemas kerana ia akan dibeli dengan harga emas terpakai
Juallah bila hanya terdesak,dan simpanlah walaupun barang kemas tersebut telah rosak kerana ia tetap emas dan boleh diwariskan kepada anak-anak anda.Sebagai contoh,2 gelang tangang yang saya belikan untuk anak perempuan saya telah bengkok,saya tetap menyimpannya untuk diberikan kepada beliau bila dewasa nanti.Sebaliknya saya berhajat untuk belikan yang baru untuknya.Dengan cara ini,simpanan emas bertambah.

Silver atau dirham?
Silver terdapat dalam banyak jenis,bar,syiling,dan raw.Walaupun dirham juga silver tetapi tujuan menyimpannya adalah untuk muamalat.Maka simpanlah silver jenis lain sebagai simpanan anda.
Bagi yang ingin menambah stok gold bar atau silver,bolehla hubungi saya atau mana-mana dealer jutawangold berdekatan anda sekarang,sebelum harganya semakin mahal.
SUMBER: Jutawangold.com

Tuesday 27 December 2011

Zakat Emas & Perak

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas
termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”. At- Taubah; ayat 34-35

Pengiraan Zakat Emas

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.90

Pengiraan Zakat Perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

Antara soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:

1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

Sumber: Zakat.com.my & Jutawanemas.com